KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Mohd. Nor menegur dua timbalan menteri kerana berbual ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung. Teguran itu diberikan kepada kedua-dua timbalan menteri berkenaan kerana dilihat tidak memberi perhatian sewaktu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan jawapan ketika sesi soal jawab berlangsung. Katanya, ahli-ahli Dewan Rakyat perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap sesi persidangan bagi memastikan kelancaran perbahasan dan tumpuan…










