PETALING JAYA: Tindakan tidak menjemput Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ke mesyuarat luar biasa Perikatan Nasional (PN) jelas melanggar perlembagaan gabungan itu. Bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, Muhyiddin mesti dijemput ke mesyuarat itu kerana beliau masih Pengerusi PN selagi Majlis Tertinggi (MT) PN tidak meluluskan peletakan jawatan. “Walau apapun kandungan surat Tan Sri Muhyiddin, Perlembagaan PN adalah sumber otoriti parti…









