‘Bubar sahaja Perikatan Nasional’

‘Bubar sahaja Perikatan Nasional’

PN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemimpin UMNO mencadangkan Perikatan Nasional (PN) dibubarkan sekiranya mereka masih bertelagah berhubung pelantikan Pengerusi gabungan itu.

Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata, kepimpinan PN masih berbeza pandangan sehingga mencetuskan kekeliruan berhubung hala tuju parti itu.

“Gabungan tanpa ada ketua, bukan gabungan namanya. Macam mana nak buat keputusan? Seorang cakap macam ni, seorang lagi cakap lain. Mana tak celaru jadinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau PN cuma nama tanpa kepimpinan jelas, lebih baik bergerak atas nama parti masing-masing, bubar je lah PN. Kan?,” soal beliau dalam hantaran Facebook beliau.

Semalam surat bocor antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menimbulkan spekulasi mengenai siapa yang akan mengetuai gabungan itu.

Surat pertama, yang didakwa dihantar Muhyiddin kepada semua presiden parti PN semalam, mendedahkan bahawa mesyuarat pada 16 Jan di rumahnya, yang dihadiri pemimpin Pas mendakwa kedua-dua bersetuju memansuhkan jawatan Pengerusi PN.

Bagaimanapun, dalam surat yang dikatakan sebagai respons kepada Muhyiddin, Abdul Hadi mendakwa penyelesaian yang diperkatakan oleh presiden Bersatu itu tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini