PETALING JAYA: Pertikaian dan timbul persoalan soalan dalam kalangan masyarakat mengenai mengapa mufti tidak mengharamkan dan menutup premis perjudian berpunca daripada ketidakfahaman terhadap prinsip Syariah dan bidang kuasa. Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, peranan mufti adalah mengeluarkan fatwa berdasarkan persoalan hukum-hakam dan panduan syarak dengan tidak boleh melebihi bidangnya. Namun begitu katanya, tidak wujud sebarang khilaf atau perbezaan dalam Islam mengenai hukum judi kerana ia haram secara qat‘i…










