TH nafi kekosongan 10,000 kuota rayuan haji - Utusan Malaysia

TH nafi kekosongan 10,000 kuota rayuan haji

TABUNG HAJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan yang tular kononnya terdapat kira-kira 10,000 kekosongan rayuan untuk menunaikan ibadah haji bagi musim 2026.

TH dalam kenyataan berkata, ketika ini keseluruhan kuota jemaah haji Malaysia telah dipenuhi dan berada dalam fasa terakhir proses tawaran yang dilaksanakan mengikut prosedur dan kriteria ditetapkan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

“Maklumat rasmi berkaitan urusan haji hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi TH sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN