PETALING JAYA: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan industri gig menyokong gesaan supaya sistem tambang e-hailing berasaskan tawar-menawar dihapuskan dan menetapkan kadar tambang lantai bagi perkhidmatan itu. Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) bersama tujuh lagi NGO berkata, kewujudan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing (EHO) yang mengamalkan sistem tawar-menawar memberi kesan negatif kepada pemandu lain. “Apabila tawar-menawar dibenarkan, mahu tak mahu, EHO lain terpaksa bersaing menurunkan harga tambang…










