PETALING JAYA: Pelakon, Nadzmi Adhwa tidak menafikan wujud segelintir pihak yang beranggapan dirinya sudah tidak relevan sebagai anak seni.
Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi menerusi satu hantaran dalam Threads memaklumkan, perkara itu terbukti apabila namanya sering ditolak saat akhir oleh stesen televisyen (TV) dan syarikat produksi.
“Ada yang cakap Adhwa sudah tidak relevan berlakon atau mengacara. Nama saat akhir ditolak bulat-bulat,” luahnya.
Namun Pelakon yang terkenal menerusi drama Hati Perempuan itu menganggap penolakan yang diterimanya sebagai ketentuan Allah S.W.T.
“11 tahun dalam industri seni. Ambil kelas berlakon, buat macam-macam untuk belajar. Tapi bukan rezeki.
“Mungkin inilah hikmah nama kena tolak banyak kali oleh produksi dan stesen TV. Alhamdulillah, asbab ini saya boleh beri bantuan di Aceh,” tulisnya lagi. – UTUSAN










