PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa pemansuhan segera peruntukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang membenarkan penahanan kanak-kanak tanpa perbicaraan susulan kes seorang gadis 16 tahun di Kedah. Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam, Dr Farah Nini Dusuki berkata, meskipun pihaknya menyambut baik pembebasan remaja itu pada 23 Januari lalu, namun penahanan berkenaan tidak patut berlaku. Katanya, penahanan itu melanggar Akta Kanak-kanak 2001, khasnya Seksyen 84…










