PARLIMEN: Draf pindaan SOSMA dibentang Jun ini

PARLIMEN: Draf pindaan SOSMA dibentang Jun ini

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Draf pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang bermula 22 Jun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan komited untuk melaksanakan reformasi ke atas SOSMA bagi memastikan keseimbangan antara keperluan keselamatan negara dan perlindungan hak asasi manusia dapat dicapai.

Kata beliau, proses reformasi itu berada di peringkat akhir penelitian melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperincikan pindaan-pindaan yang hendak dilaksanakan.

Katanya, draf pindaan itu dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang setelah semua urusan libat urus dengan pihak berkepentingan selesai dan mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

“Pindaan yang telah diluluskan di Parlimen akan berkuat kuasa setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan penetapan tarikh kuatkuasa oleh Menteri Dalam Negeri,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) bila reformasi SOSMA dijangka dilaksanakan oleh kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×