Sumbangan SARA RM100 untuk warganegara dewasa dikredit 9 Februari – Anwar

Sumbangan SARA RM100 untuk warganegara dewasa dikredit 9 Februari – Anwar

ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Januari 2026 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sebanyak RM100 diteruskan pada tahun ini yang akan dikreditkan pada 9 Februari depan.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan seramai 22 juta rakyat dan boleh digunakan bagi persiapan sambutan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.

“Batuan ini dikreditkan pada 9 Februari bagi maksud persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, sumbangan SARA untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada 9 Januari manakala bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu iaitu berjumlah sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januati ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN