Sudah tiga kali ‘pak belang’ muncul di Ulu Tembeling

Sudah tiga kali ‘pak belang’ muncul di Ulu Tembeling

HARIMAU belang yang muncul buat kali ketiga di tebing jalan kawasan Felcra Ulu Tembeling berhampiran laluan masuk ke Kampung Bantal Seberang, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Lebih 2,000 penduduk di Mukim Ulu Tembeling di sini resah apabila kelibat harimau belang sekali lagi muncul untuk kali ketiga dalam tempoh sebulan, sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

Dalam kejadian terbaharu kira-kira pukul 7 petang kelmarin, beberapa penduduk terserempak dengan haiwan buas itu berkeliaran di tebing jalan kawasan Felcra Ulu Tembeling berhampiran laluan masuk ke Kampung Bantal Seberang.

Ia bukan sahaja menimbulkan kebimbangan untuk keluar bekerja, malah dikhuatiri menjejaskan pelancong yang melalui jalan Kuala Tahan ke Mat Daling dan laluan ke penempatan pinggir Sungai Tembeling yang dikelilingi hutan.

Kemunculan harimau be­lang yang kelihatan kurus dan lapar itu dipercayai berpunca daripada kehilangan habitat akibat aktiviti pembalakan dan perladangan di Ulu Tembeling.

Penduduk Kampung Bantal, Zulkifly Abdullah, 65, berkata, bukan sahaja harimau belang, malah kehadiran gajah juga semakin kerap dilihat sejak kebelakangan ini.

“Setahu saya sudah tiga kali penduduk melihat kemunculan harimau belang di jalan kampung ini. Harimau itu tidak mempedulikan manusia walaupun gambarnya dirakam. Namun kami bimbang jika ia bertindak agresif, terutama pada waktu malam,” katanya.

Kelibat harimau belang tersebut sempat dirakam oleh pemilik akaun media sosial Bantalku Channel sebelum video berkenaan tular. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN