KUDAT: Dua warga emas maut dalam kebakaran rumah di Kampung Lausan Batu 4 di sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Penolong Penguasa Bomba Darikson Galanang berkata, pasangan suami isteri berusia 74 dan 73 tahun itu ditemui dalam bilik tidur. “Kedua-dua mangsa rentung dalam kejadian itu, Mangsa pertama dikeluarkan pada pukul dua pagi manakala mangsa kedua pada pukul 3.50 pagi. “Bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti suami atau isteri…










