SEREMBAN: Struktur tambahan di dua buah premis restoran popular di Pusat Dagangan Seremban 2 dekat sini dirobohkan menerusi operasi pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) hari ini. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin berkata, struktur tambahan itu dirobohkan kerana ia didirikan di atas rizab awam. Katanya, Jabatan Kawalan Bangunan MBS telah mengeluarkan dua notis meroboh dalam tempoh 14 hari kepada kedua-dua premis berkenaan sejak 2024 dan satu notis…








