SPRM sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM, beku 21 akaun bank

SPRM sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM, beku 21 akaun bank

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan sebanyak tujuh buah akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu yang dianggarkan kira-kira RM700,000.

Menurut sumber, tindakan itu adalah berkaitan siasatan kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sumber itu berkata, siasatan yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM itu turut menyita dua buah hotel milik pegawai kanan TLDM tersebut yang bernilai kira-kira RM2 juta.

Katanya, setakat ini SPRM turut membuat semakan ke atas beberapa syarikat dengan Jabatan Akauntan Negara sama ada terdapat tender atau sebut harga oleh syarikat-syarikat berkenaan.

“Pada masa ini SPRM sedang mengesan aset-aset lain yang dimiliki oleh suspek dan turut mengesan pemilik-pemilik syarikat yang bersekongkol dengan suspek,” katanya.  

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, sehingga hari ini SPRM telah merakam percakapan tujuh individu yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Pada 23 Januari lalu, SPRM menahan dua individu termasuk pegawai kanan TLDM kerana disyaki terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroninya bagi mendapatkan kerja-kerja di tempat pegawai kanan tersebut bekerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN