PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan siasatan tatakelola bagi meneliti sebarang aspek ketidakpatuhan dan kelemahan yang wujud melibatkan proses perolehan ke atas tender Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bernilai RM58.45 juta. Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM, Datuk Mohd. Zaki Hassan berkata, satu fail penyiasatan tatakelola berhubung kes itu telah dibuka. “Buat masa ini siasatan kes masih dijalankan. Ini bagi mengenal pasti sekiranya wujud kelemahan atau ketidakpatuhan sebagaimana…










