PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menghantar pegawai ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mendalami kepakaran kecerdasan buatan (AI) dalam aplikasi analisis kewangan dan pengukuhan kaedah siasatan berteknologi tinggi. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesepakatan tersebut dicapai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan Pihak Berkuasa Akauntabiliti Emiriah Arab Bersatu (UAEAA) dalam aspek pencegahan dan pembanterasan rasuah, termasuk penggunaan AI dalam siasatan kewangan. “Kerjasama ini…









