SPRM akan ambil keterangan bekas PTD

SPRM akan ambil keterangan bekas PTD

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan bekas Panglima Tentera Darat bagi membantu siasatan perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia susulan individu itu dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan di hospital sebelum ini. 

Katanya, keterangan suspek akan dirakamkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“SPRM juga akan membuat permohonan reman terhadap isteri suspek yang ditahan sebelum ini namun dia mengadu darah tinggi dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital,” katanya kepada pemberita di Balai Berita di sini, hari ini.

Azam berkata, SPRM kini menunggu laporan perubatan namun penahanan tetap akan dibuat.

“Jika ada keperluan untuk reman beliau di hospital kita akan lakukan proses seperti mana dikehendaki undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, SPRM mengenal pasti beberapa individu yang disyaki terbabit kes rasuah membabitkan tender perolehan TDM.

SPRM sebelum ini berkata, individu terbabit disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan selain seorang pegawai kanan TDM yang juga suspek utama.

“Selain suspek utama, SPRM mengenal pasti beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini, dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti yang diperoleh.

“Dalam pada itu, SPRM mengesahkan bahawa tindakan pengesanan dan sekatan aset sedang dijalankan.

“Namun, jumlah nilai aset atau akaun bank tidak didedahkan buat masa ini memandangkan proses siasatan masih berjalan dan tidak semua aset dibekukan sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN