PETALING JAYA: Malaysia secara prinsip menolak sebarang bentuk campur tangan asing dalam urusan dalaman sesebuah negara serta sebarang ancaman atau penggunaan kekerasan. Kementerian Luar berkata, prinsip itu selaras dengan asas yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa. “Malaysia sentiasa menegaskan keperluan penyelesaian secara aman melalui dialog, penghormatan terhadap kedaulatan negara serta pematuhan kepada norma-norma antarabangsa. “Oleh itu, pada waktu genting ini, semua pihak yang terlibat digesa…










