RUU hadkan tempoh jawatan PM dua penggal dibentang Parlimen

RUU hadkan tempoh jawatan PM dua penggal dibentang Parlimen

ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Januari 2026 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, RUU itu antara langkah reformasi institusi yang dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.

“Semua orang ada had tempohnya, KSN (Ketua Setiausaha Negara) tak boleh sampai puluh tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh, dan dalam tempoh itu mampu melaksanakan, selepas itu elok kita serahkan kepada generasi berikutnya.

“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri, maka kita akan membentangkan RUU mengehadkan tempoh bagi jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN