SEREMBAN: Isu sempadan darat antara Malaysia dan Indonesia masih lagi di peringkat rundingan dan belum dimuktamadkan termasuk berkaitan isu tiga buah kampung di Kalimantan Utara yang dilaporkan memasuki wilayah negara ini. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penentuan sempadan darat kedua-dua negara perlu mengambil kira realiti keadaan struktur bawah tanah dan bukan berdasarkan garis lurus pada peta semata-mata. Menurutnya, garis sempadan yang digariskan secara teknikal dan perundangan lazimnya berbentuk…










