KANGAR: Belum reda kesan banjir besar pada November lalu, Perlis kini berdepan pula kemarau atau cuaca kering yang menyaksikan kawasan pertanian terutama padi di negeri ini kering-kontang dan merekah. Cuaca panas yang mencecah 32 sehingga 34 darjah Celsius berlarutan sejak sebulan lalu dan dijangka berpanjangan sehingga Mac dengan kerajaan negeri sedang bersiap sedia berdepan fenomena berpanjangan. Di Repoh dan Kampung Jejawi Dalam antaranya menyaksikan 200 pesawah di kawasan seluas kira-kira…










