SHAH ALAM: Selangor akan menyesuaikan pendidikan sekolah agamanya dengan dasar baharu Kementerian Pendidikan berhubung kemasukan darjah satu serta prasekolah bagi pelajar bermula pada usia enam dan lima tahun. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan seluruh jentera pendidikan negeri seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) dan universiti. Katanya, menerusi perbincangan yang diadakan dalam masa terdekat, beliau menjangkakan hala tuju jelas…










