Selamat jalani pembedahan, Shamsul Ghau Ghau stabil - Utusan Malaysia

Selamat jalani pembedahan, Shamsul Ghau Ghau stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Shamsul Ghau Ghau, 57, selamat menjalani pembedahan selepas dimasukkan hospital akibat  serangan strok.

Perkembangan tersebut dikongsikan anaknya, Megat Ummar Azhar di laman sosial baru-baru ini.

“Salam, saya anak kepada Pak Su Shamsul ingin memaklumkan bahawa bapa saya baru sahaja selesai menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan berada dalam keadaan baik.

“Terima kasih atas perhatian dan doa daripada semua pihak,” kongsinya.

Shamsul baru-baru ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdulaziz Shah, Serdang kerana mengalami pendarahan beku pada bahagian otak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN