KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa beliau sedikit tidak takut dengan DAP.
Beliau turut berkata, orang melayu juga tidak perlu takut dengan DAP.
“Saya tak mahu orang takut dengan DAP. Kita mesti teruskan supaya agenda Melayu kita teruskan dalam negara kita,” katanya ketika berucap dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU25), di sini, hari ini.
Menurut beliau, terdapat pihak tertentu termasuk penulis media yang sengaja menimbulkan provokasi secara sinis bagi membangkitkan kemarahan ahli UMNO, termasuk memperbesar-besarkan isu sensitif ketika kepimpinan parti sedang bersidang.
“Perkara seperti itu tidak perlu diuruskan oleh Presiden atau Timbalan Presiden. Cukuplah diserahkan kepada sayap parti seperti Pemuda untuk menanganinya,” katanya.-UTUSAN










