KUCHING: Sarawak dilanda gelombang kedua banjir pada bulan ini, dengan beberapa kawasan mula terjejas ekoran hujan berterusan sejak beberapa hari lalu. Antaranya di Kampung Seruyuk, Kota Samarahan apabila seramai 25 orang penduduk dari lapan Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), hari ini. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan, kesemua penduduk terbabit dipindahkan ke PPS bangunan masjid lama Kampung Seruyuk pada jam 8 pagi,…








