KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan dua ahli akademik untuk menyampaikan saman terhadap pelakon, Rita Rudaini secara penyampaian gantian. Saman tersebut berkait dengan kenyataan oleh Rita yang didakwa telah melabelkan Yang Dipertua Muafakat, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Prof Dr. Mohd. Roslan Mohd Nor dan Naib Yang Dipertuanya, Dr. Saidah Haris @ Harith antaranya sebagai bongkak, tidak profesional, ‘prof kangkung’ serta tidak layak menerajui pertubuhan Muafakat.…










