PETALING JAYA: Sebanyak 55 akaun bank persendirian serta akaun syarikat-syarikat yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan kira-kira RM15.8 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini berkaitan siasatan melibatkan IJM Corporation berhubung dakwaan pengubahan wang haram nilai RM2.5 bilion. Sumber berkata, siasatan menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki telah diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram. Katanya, setakat ini pasukan penyiasat telah membuat pemeriksaan dan penggeledahan…










