KUALA LUMPUR: Konsep penyatuan bangsa di bawah Rumah Bangsa UMNO bukan ancaman kepada kaum lain sebaliknya menjadi asas kestabilan dan keharmonian negara. Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penubuhannya perlu dilihat dalam konteks pembinaan negara bangsa inklusif, berteraskan kekuatan penyatuan orang Melayu tanpa meminggirkan kaum lain. “Orang Melayu berada dalam rumah bangsa itu dan kaum-kaum lain seperti Cina, India serta masyarakat Sabah dan Sarawak turut bersama-sama berada di…









