Rumah Bangsa cetusan idea Ahmad Zahid, Najib

Rumah Bangsa cetusan idea Ahmad Zahid, Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa merupakan cetusan idea bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd. Nazifuddin Najib berkata, setiap peranca­ngan dirangka bersama termasuk hala tuju dan pendekatan parti mendepani politik semasa.

“Saya percaya penubuhan Rumah Bangsa ini cetusan idea bersama antara Presiden dan Datuk Seri Najib.

“Najib turut menyumbang pandangan dan input bagi membantu UMNO merangka strategi yang lebih tersusun dalam memastikan kelangsungan parti pada masa hadapan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Kelmarin, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula bekas ahli parti itu.

Mengulas hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), Mohd. Nazifuddin berkata, UMNO perlu menya­tukan orang Melayu kerana ia merupakan keperluan politik dalam menghadapinya.

“Inisiatif ini merupakan langkah terbaik. UMNO bukan parti pembangkang, sebaliknyavparti yang menerajui kerajaan.

“Kita perlu memanfaatkan peluang menyatukan orang Melayu supaya dapat bergerak seiring membentuk kerajaan akan datang,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan UMNO meminggirkan Najib dengan menegaskan keadilan dan sentimen rakyat terus me­nunjukkan sokongan kuat terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Dakwaan negatif ada, namun apa yang penting adalah keadilan untuk Najib dan kita melihatusaha ke arah itu sedang dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×