PUTRAJAYA: Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 perlu dilaksana secara menyeluruh hingga ke akar umbi supaya tidak dilihat sebagai rancangan yang hanya tertumpu di Putrajaya semata-mata. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelan tersebut mesti benar-benar memberi manfaat kepada anak-anak di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak serta kawasan luar bandar dan pedalaman. “Rancangan ini bukan rancangan Putrajaya semata-mata. Ia harus sampai kepada anak-anak kita di Sarawak, harus sampai ke Sabah, harus…










