Reman suspek letupan di Nilai disambung

Reman suspek letupan di Nilai disambung

PIHAK polis dan bomba melakukan siasatan susulan kejadian letupan di Pangsapuri Desa Palma, Nilai, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Reman suspek kes letupan di Pangsapuri Desa Palma, Nilai pada 22 Disember lalu disambung selama tujuh hari bermula esok

Perintah sambung dikeluarkan oleh Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Wad 3B, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki berusia 62 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 28 Disember lalu di hadapan Majistret Siti Nur Ain Ariffin di Zon Merah, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, seorang lelaki yang diklasifikasikan sebagai penjenayah berbahaya dan terlibat dalam kejadian letupan di Nilai berjaya ditahan di Batang Benar di sini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek mengalami kecederaan melecur di bahagian muka, badan, tangan dan kaki dipercayai akibat kejadian letupan berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis turut menemukan puluhan alat letupan buatan sendiri (IED) di sebuah rumah kedai berhampiran lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×