SEREMBAN: Reman suspek kes letupan di Pangsapuri Desa Palma, Nilai pada 22 Disember lalu disambung selama tujuh hari bermula esok Perintah sambung dikeluarkan oleh Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Wad 3B, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban hari ini. Sebelum ini, media melaporkan lelaki berusia 62 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 28 Disember lalu di hadapan Majistret Siti Nur Ain Ariffin di Zon Merah, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS)…










