KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Pengarah Hydroshoppe Sdn. Bhd., Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 52, yang didakwa menawarkan rasuah berhubung konsesi Menara Kuala Lumpur akan bermula di Mahkamah Sesyen di sini, pada 7 Mei ini. Hakim Suzana Hussin menetapkan 17 hari untuk perbicaraan kes itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Elyza Amira Habeeb Rahman dan peguam bela, Tang Jia Yearn yang mewakili tertuduh bersetuju dengan…










