Polis minta bantuan orang ramai kesan Nur Ain Hanani - Utusan Malaysia

Polis minta bantuan orang ramai kesan Nur Ain Hanani

NUR AIN HANANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan Nurul Ain Hanani yang gagal dihubungi ahli keluarganya sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan wanita berusia 23 tahun itu hari ini.

“Wanita itu dipercayai keluar dari kediamannya di Taman Shamelin, Kuala Lumpur semalam.

“Kita telah mengambil tindakan dengan membuat hebahan kepada anggota yang bertugas di lapangan untuk kesan penama, selain di semua media sosial,” katanya hari ini.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai ‘Qistinafarihin’ di platform Thread menghebahkan hantaran bagi mengesan sepupunya yang gagal dihubungi sejak Isnin.

Wanita tersebut dimaklumkan sebagai Nur Ain Hanani yang juga pelajar di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN