PM umum bantuan pendidikan untuk 10,000 pelajar miskin di universiti awam

PM umum bantuan pendidikan untuk 10,000 pelajar miskin di universiti awam

KERAJAAN akan memberikan bantuan pendidikan kepada 10,000 pelajar miskin di universiti berbanding perancangan asal seramai 5,800 pelajar miskin tegar menerusi Belanjawan 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberikan bantuan pendidikan kepada 10,000 pelajar miskin di universiti berbanding perancangan asal seramai 5,800 pelajar miskin tegar menerusi Belanjawan 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan disalurkan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam inisiatif kerajaan untuk pendidikan percuma.

Pada masa sama, sekitar 3,000 pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) di universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti akan diberikan pendidikan percuma mulai sekarang.

“Mulai tahun ini, sepertimana Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil alih seluruh sistem prasekolah, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti tingkatan enam dan matrikulasi.

“Jadi, pelajar Tingkatan Enam dan matrikulasi bukan lagi pelajar sekolah. Dia sudah masuk ke kategori pendidikan tinggi,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menekankan reformasi pendidikan politeknik dan kolej komuniti yang harus diberikan penerapan khas dalam bidang digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) secara menyeluruh.

Katanya, Kementerian sedang merangka Akta Politeknik dan Kolej Komuniti dan 10 politeknik akan dinaik taraf secara berterusan sepanjang tempoh rancangan pendidikan itu.

“Selain daripada yang saya sebut dalam kerangka besar itu, universiti ini pendekatannya boleh dikatakan menjurus kepada reformasi yang memberikan ruang dan pilihan lebih luwes (fleksibel).

 “Keluwesan ini kerana sistem pendidikan itu tidak sangat terlalu terikat pada struktur dan disiplin jabatan dan fakulti. Kelonggaran itu akan dijelas dan dicerakin oleh menteri berikutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN