PETALING JAYA: Kerajaan menawarkan pembayaran pendahuluan sebanyak RM2,000 untuk setiap pelatih menerusi Geran Padanan Latihan Industri Kecil dan Sederhana (LiKES) bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin mengambil pelatih. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, wang pendahuluan tersebut akan disalurkan kepada syarikat dengan proses kelulusan mengambil masa hanya 14 hari. Katanya, ia sebagai inisiatif meningkatkan kebolehpasaran belia sekali gus memenuhi keperluan tenaga mahir industri dengan pelaksanaan bermula…










