KUALA LUMPUR: Pertindihan kuasa antara Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd. (Petros) perlu diselesaikan melalui saluran perundangan ekoran perkara itu sudah dibawa ke mahkamah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau sedia maklum mengenai kewujudan pelbagai pandangan dan reaksi awam berhubung isu itu termasuk di media sosial serta respon daripada Sabah dan Sarawak. Menurut beliau, kerajaan akan terus mengikuti rapat perkembangan mengenai kes tersebut. “Memandangkan kes…










