PETALING JAYA: Perbezaan pandangan adalah lumrah namun perlu menjaga sensitiviti, mengelakkan polemik yang tidak perlu serta memastikan setiap pandangan yang disuarakan bersifat membina dan berpaksikan kepentingan rakyat keseluruhannya. Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, dalam realiti Malaysia yang majmuk, kestabilan dan keharmonian hanya dapat dipelihara melalui kebijaksanaan, kesederhanaan dan rasa tanggungjawab bersama. “Setiap pihak mempunyai peranan penting untuk menjaga sensitiviti, mengelakkan polemik yang tidak perlu, serta memastikan…








