KANGAR: Kerajaan negeri akan membantu penyusunan semula dengan membuka pusat khidmat dan melantik penyelaras di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), sekiranya kerusi itu disahkan kosong. Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, beliau difahamkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Bintong dan Chuping akan membawa isu pengosongan kerusi ke mahkamah. Katanya, ia bagi mempertahankan fakta bahawa ketiga-tiga mereka masih kekal sebagai ADUN. “Kami akan lihat kerana difahamkan bekas ADUN…










