KOTA BHARU: Dua lelaki yang masing-masing bekerja sebagai penoreh getah dan nelayan didakwa Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di lokasi berasingan di Kuala Krai, awal Januari lalu.
Tertuduh pertama Abdin Syakirin Hassan, 31, yang bekerja sebagai penoreh getah mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zulkifli Abllah sejurus selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Sementara tertuduh kedua, Amirul Hakimi Hashim, 25, yang bekerja buruh mengaku bersalah.
Mengikut kertas pertuduhan, Abdin Syakirin didakwa merogol mangsa pada 3 Januari di tepi jalan di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Batu Mengkebang, Blok Pasir Putih dalam daerah Kuala Krai sekitar pukul 3..30 petang.
Amirul Hakimi pula didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada 4 Januari pada pukul 3.30 petang di sebuah amat dekat RPT Batu Mengkebang, Blok Pasir Putih dalam daerah Kuala Krai.Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebata, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Abdin Syakirin diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan 15 Februari ini untuk serahan dokumen. Mahkamah turut menetapkan 28 Januari ini bagi prosiding fakta dan jatuh hukum terhadap Amirul Hakimi. – UTUSAN










