PETALING JAYA: Pemuda Pas Malaysia menyuarakan bantahan terhadap penganjuran Water Musical Festival di Bukit Bintang selama tiga hari bermula 1 Mei depan sempena Sambutan Hari Pekerja Pelancongan dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda Pas Malaysia, Mohamed Sukri Omar berkata, meskipun menyokong aspirasi kerajaan untuk memperkukuh sektor pelancongan dan merancakkan ekonomi domestik, bantahan itu dibuat atas prinsip, fakta dan tanggungjawab, khususnya berkaitan pemilihan…










