KUALA LUMPUR: Pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah-sekolah padat di Selangor diluluskan segera bagi menangani masalah kesesakan kelas dan kekurangan prasarana yang menjejaskan proses pembelajaran. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat susulan perbincangan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor demi memastikan isu berkenaan ditangani secara serius tanpa menunggu ia tular di media sosial. Katanya, keadaan sekolah padat, kelas sesak dan prasarana tidak mencukupi akan memberi kesan kepada keberkesanan…










