KUALA LUMPUR: Kerajaan memastikan perolehan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibeku sementara tidak menjejaskan operasi dan kesiapsiagaan pertahanan negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan memohon perolehan tentera diteruskan sekiranya keputusan pembekuan itu menjejaskan operasi dan kesiapsiagaan dalam mempertahankan benteng negara. Tambahnya, ATM setiap masa melaksanakan operasi terutama di kawasan-kawasan sempadan seperti di Laut China Selatan dan Selat Melaka. “Ia bergantung kepada proses dan mesti…










