MELAKA: Pembekuan sementara perolehan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjejaskan kesiapsiagaan dan operasi keselamatan negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu dibuat bagi memberi ruang kepada kerajaan menambah baik proses perolehan termasuk aspek ketelusan dan tadbir urus tanpa menafikan keperluan kritikal pasukan keselamatan. “Kita faham mengapa pembekuan sementara itu dilaksanakan, ia bertujuan memastikan proses perolehan dapat diperbaiki…










