DENGKIL: Sebahagian daripada pemandu lori dan bas mengakui mengambil dadah bagi memastikan mereka tahan dan tidak mengantuk untuk perjalanan jauh. Mereka juga mengakui dengan mengambil bahan terlarang itu mampu membantu memandu dalam tempoh yang lama untuk mengejar trip demi pendapatan lebih. Perkara itu diakui seorang pemandu lori yang ditahan dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, malam kelmarin.…










