KUALA TERENGGANU: Pemandu Honda Jazz yang sebelum ini terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencuri. Mohd. Izuddin Zakaria, 32, yang sekali lagi dibawa ke muka pengadilan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood. Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM200, beg merah, seutas kunci…










