KUALA TERENGGANU: Pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam mempunyai rekod rawatan psikiatri dan disyaki mencuri sebelum nahas berlaku. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, lelaki itu dipercayai menceroboh masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda City yang diparkir di kawasan Stadium Darul Iman, di sini, sebelum melarikan beberapa barangan milik pemilik kenderaan termasuk…










