PETALING JAYA: Seramai sembilan individu diambil keterangan berkaitan siasatan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan Harimau Malaya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan berkaitan dakwaan terbabit. Katanya, antara yang diambil keterangan adalah pengadu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara. “Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima sebanyak 45 laporan polis berkaitan dakwaan itu. …








