PETALING JAYA: Seramai lapan individu diambil keterangan berkaitan siasatan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan Harimau Malaya, setakat hari ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan berkaitan dakwaan terbabit. “Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima sebanyak 45 laporan polis berkaitan dakwaan itu. “Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan seramai lapan…








