KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang peguam berusia 32 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penyeludupan dadah ke dalam Penjara Marang, dekat sini. Lelaki itu ditahan reman enam hari sehingga 4 Januari ini selepas dipercayai terlibat bersubahat dengan seorang banduan berusia 25 tahun dalam kes berkenaan. Peguam sama turut turut disiasat berhubung kejadian seorang ejen hartanah dan rakannya dikurung oleh pemungut hutang. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kes…









